Friday, 8 August 2014

Homestay Sekilau Kuantan (T&C)

SYARAT & TERMA

Premis homestay ini hanya untuk Muslim sahaja.

Premis homestay adalah tujuan penginapan sahaja. Oleh itu, guest tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan Syariat Islam dan undang-undang Malaysia di dalam premis homestay.

Guest tidak dibenarkan untuk membawa apa-apa item keluar dari premis homestay melainkan dengan mendapatkan kebenaran pihak pengurusan terlebih dahulu.

Guest hendaklah memastikan peralatan atau kemudahan yang disediakan berkeadaan baik setelah digunakan.


Guest perlu memastikan susun atur peralatan dan perabot di dalam homestay adalah seperti semasa check-in.



Guest tidak dibenarkan menebuk, memaku, menconteng atau menampal apa-apa pada permukaan dinding premis homestay.

Guest tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan ke dalam premis homestay.

Pihak pengurusan homestay tidak menyediakan khidmat housekeeping. Walaubagaimanapun, pengunjung mestilah sentiasa menjaga dan mengekalkan kebersihan homestay terutamanya bahagian dapur dan bilik air semasa tempoh penginapan.

Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang berharga milik guest semasa tempoh penginapan di premis homestay.


Klik untuk kembali ke http://homestaysekilaukuantan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment